Kenapa Ulama Beza Pandangan Mengenai Hudud

Kenapa umat Islam, hatta di kalangan ulama-ulama terbuang di Malaysia, tidak bersependapat dan sepakat dalam hal pelaksanaan hukum hudud? Malah mereka dilihat bertentangan antara satu sama lain. Seolah-olah hukum hudud itu ada pilihan untuk melaksanakannya atau tidak melaksanakannya. Berikutan kecelaruan itu, apakah pandangan Dato’ dalam perkara ini?

Dato’ Dr. Haron Din : Berlainan dan percanggahan pendapat dalam Islam adalah perkara lumrah dari dahulu hingga sekarang. Bagaimanapun perlulah diketahui bahawa berlainan pendapat itu, ada yang diharuskan syarak dan ada yang dilarang. Malah ada yang amat-amat dilarang.

Yang diharuskan adalah pada perkara-perkara/ furu’iyyah (masalah-masalah cabang) yang tidak ada nas syarak yang memastikannya. Adapun yang diharuskan berkhilaf, adalah pada ruang berijtihad pada perkara yang ada tiada nas syarak, tidak ada ayat yang menetapkan hukumnya. Lebih-lebih lagi pada perkara yang baru timbul, di mana tidak pernah berlaku sebelum ini.

Contoh jelas yang diharuskan berkhilaf. Seperti bila mana sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W tidak bersependapat, sama ada hendak menghimpun dan menulis semula Al Quran. Abu Bakar As Siddiq R.A berpendapat tidak boleh dibuat kerana Rasulullah S.A.W tidak melakukannya dan tidak pernah ada suruhan melakukannya. Oleh kerana itu beliau berpendapat, ia tidak boleh dilakukan. Manakala Umar Al Khattab R.A berpendapat, perlu dilaksanakan usaha pengumpulan dan penulisan Al Quran kerana dibimbangi akan hilang daripada hafalan ummah. Sebabnya pernah berlaku, ramai penghafal Al Quran yang terkorban syahid. Generasi kemudian akan kehilangan Al Quran. Setelah mereka bertelagah, akhirnya mereka bersetuju perlu dihirnpun dan ditulis semula Al Quran.

Demikian juga mereka bertelagah dalam memilih seorang ketua negara untuk menggantikan Rasulullah S.A.W, bagi meneruskan pemerintahan Islam. Mereka bertelagah pada memilih orang, yang akhirnya mereka bersetuju memilih Abu Bakar As Siddiq.

Dalam permasalahan hudud, perlu atau tidak melaksanakannya, telah dijawab oleh amalan Rasulullah S.A.W, para sahabat dan juga as-salafussoleh. Perlu melaksanakannya. Mereka tidak pernah bertelingkah kerana wujud nas-nas syarak yang amat jelas, menyuruh kita, khasnya pihak berkuasa agama, pada setiap generasi, pada setiap negara, wajib melaksanakannya.

Sepatutnya tidak berlaku pertentangan pendapat di kalangan ulama-ulama muktabar, khasnya ulama ‘amilin (yang beramal dengan ilmunya), jika kesemua mereka benar-benar takutkan Allah dan melaksanakan perintah Allah. Bagaimanapun jika ada di kalangan mereka, yang takut akan kehilangan maslahat keduniaan, daripada kemurkaan Allah Taala dan azabnya, maka akan berlakulah apa yang anda ajukan pada persoalan di atas, bahawa ada ulama bertelingkah.

Setiap satu dalam kesalahan hudud (mencuri, merompak, berzina, menuduh zina, meminum arak, murtad) semuanya telah ditetapkan Allah hukumannya di dalam Al Quran (dan terang hukumnya) dan juga hadis-hadis sahih, maka pelaksanaannya adalah wajib.

Seperti Allah Taala memerintahkan kita melaksanakannya dalam perintah-Nya menerusi ayat (mafhumnya), “Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu daripada sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah daripada dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan daripada umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik”. Surah Al Maidah:49

Di kalangan ulama-ulama muktabar tidak berlaku khilaf dalam kewajipan melaksanakannya. Ini kerana mempertikaikan kewajipannya, adalah bererti melawan dan mempertikaikan hukum Allah yang sabit wajibnya. Jika berlaku demikian, maka bererti mereka melawan hukum Allah. Mengendalakan hukum Allah, mempertikaikan hukum Allah adalah menentang Allah. Firman Allah (mafhumnya), “Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar”. Surah At Taubah:63

Ayat-ayat yang sedemikian maksudnya, banyak berulang dalam al-Quran. Antaranya firman Allah (mafhumnya), “Orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu daripada mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina.

“Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina. Surah Al Mujadilah, ayat 5 dan ayat 20.

Ulama muktabar atau ilmuan yang terbilang, tidak mungkin bertelingkah kerana mereka tahu akibat penentangan itu akan menghadapi seksa Allah yang  amat keras menunggu mereka. Ada kalangan ulama yang menjadi ahli politik, menggunakan akal pendek mereka dan menilai kepentingan dan pulangan-pulangan duniawi, atau membela dan mempertahankan kedudukan, atau kepentingan-kepentingan khusus, yang mereka berselindung di sebalik kalimah (bahasa) yang seolah-olahnya mereka bukan menentang, tetapi sebenarnya menentang.

Ini kerana dalam hati mereka, mereka tidak mahu melaksanakan hukuman hudud. Sebenarnya hukum-hukum hudud tidak ada pilihan bagi kita, melainkan mencari jalan yang terbaik untuk melaksanakannya, dan Mta sama-sama menggalas amanah untuk memahamkan masyarakat tentang kebaikan hukuman itu, bagi dilaksanakan sebaik-baiknya tanpa sebarang kecelaruan.

————————————————————————————————————————————-

FAQ???

1. Adakah negara kita sudah bersedia melaksanakannya. Cukupkah pakar2/ulama’nya?

Ans: Masa Malaysia nak buat KLCC atau buat kereta proton adakah cukup pakarnya. Itu semua cakap2 orng munafik dan yg terpedaya dengan Syaitan dan HizbusSyaitan (Syatanization).

-Kitab2 melambak ulama’ dah karang seblm ni. Pakar2 dari Timur tgh belambak. kenapa tak panggil.

2. Kita perlu fahamkan rakyat dulu, bykkan org kemasjid, teguhkan solat, tutupkan pusat zina dan bykkan peluang pekerjaan baru buat hudud? (ada juga seorg penulis dalam majalah Solusi berfahaman camni . Mungkin sy salah faham maksud nya yg sebenar. bersangka baik)

Ans: Masalahnya sekarang, Hukum hudud, takzir dan qisas tak digazet pun lagi. Tak tulis pun lagi dalam perlembagaan dan akta. Buat yg ni dulu. Pelaksanaan, pemerintah kena tgk keadaan semasa. Pd zaman Khalifah Umar pun pernah ditangguhkan dulu. Bukan Beliau buang dalam piagam Madinah.

– Bila wartakan baru rakyat faham. Bila dilaksanakan baru ia bersifat MENCEGAH, MENDIDIK dan MERUBAT.

– Barat pun akui dgn sebat 40 kali baru hilang ketagih arak. Jgn sampai barat buat hukum spt hudud baru kita nak buat

3. Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu, Malaysia masyarakat majmuk?

Ans : Semasa Nabi melaksanakan undang-undang Islam di Madinah, hanya ada 17% umat Islam. Majoriti penduduk Madinah ialah kaum Badwi dan yahudi. Lagi tak seimbang. Tetapi apabila kuasa di tangan umat islam, maka pelaksanaan harus dimulakan. Tak payah dolak dalik. Lagipun Hukum hudud dan qisas untuk menjaga Nyawa, harta benda, zuriat, akal dan maruah UNTUK UMAT ISLAM. Bukan Islam turut mendapat keadilan juga.

“Dan janganlah kamu menukar ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (Surah Al Ma’idah : 44).

4. Kenapa PAS tak nak gabung dgn UMNO utk buat hukum Islam. Zaman sudah berubah. Pemimpin yg dahulu2 sudah byk yg tiada lagi yg mana mereka yang  melanggar perjanjian dahulu. Tak boleh kah demi rakyat dan Islam. Nanti melayu berpecah.

Ans: kenapa UMNO sibuk suruh PAS gabung ngan UMNO. Kenapa dia tak nak masuk PAS atau suruh PKR masuk UMNO. PKR pun byk melayu. “tak percaya ka”. Ini semua sebab UMNO dah tak dak peminat. Yg ada pengundi POS, PATI, HANTU dan org2 yang baca artikel ini yg rasa pedih hati dan telinganya.

– Klu UMNO betul ikhlas, kenapa :

i. Dlm perhimpunan Agung baru2 ni byk sangat mengutuk PAS.

ii. Kenapa royalti minyak Kelantan tak diberi.

iii. Kenapa ada sikap diskriminasi dalam peruntukan kemajuan negeri dari kerajaan pusat.

iv. Kenapa bila PAS ajak muzakarah tentang masalah hukum Islam, selalu ditolak.

v. Melayu tak berpecah saya katakan disini . Jika dilihat dari statistik hari ini wakil rakyat Melayu  dalam BN adalah 62.8% iaitu peningkatan hampir 5%. Wakil Rakyat BN Bukan Melayu pula merosot dari 41.9% kepada 37.2%. Jumlah keseluruhan dalam Dewan Rakyat wakil Melayu 130 dari 222 wakil rakyat.

Wakil Rakyat Melayu dalam BN kini 35 orang lebih ramai dari wakil rakyat Bukan Melayu.

Mengapa UMNO mengatakan bahawa ketuanan Melayu didalam Kerajaan semakin merosot? Mengapa UMNO merasakan Melayu semakin lemah sedangkan orang Melayu yang peratusannya hanya 51% dari populasi rakyat Malaysia mempunyai suara hampir 63% dalam parti pemerintah.

Dlm PRU boleh dikatakan kalau BN wakilnya Melayu akan lawan dengan pembangkang Melayu. Kalau UMNO kalah bermakna wakil melayu tak berubah. Yg berubah hanya Parti yang dipilih rakyat. Dalam hal ini, kita rakyat Malaysia jgn tertipu. Klu 77 wakil Melayu kurang di UMNO maka ia akan bertambah 77 org wakil melayu di PAS atau PKR. Maka wakil Melayu tak berpecah atau berkurang. Bak kata prof Muhaya celik mata celik hati. Biar reti baca statistik sikit.

Hizbullah

Al-Maidah 5 : 56

56. dan sesiapa Yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana Sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah (Hizbullah), itulah Yang tetap menang.

Ahlan Wa Sahlan Bikum

اللهم صل عل سيدنامحمد صلاة تنجنا بها من جميح الاهوال والافات وتقضى لنا بهاجمي
الحاجات وتطهرونا بها من جميع السيأت وترفعنابها اعل الدرجات وتبلغنابها اقصى
الغايات منجميع الخيرات في الحياة وبعدالممات انك على كل شيى قدير

“Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW., yang dengan (melalui) rahmat itu Engkau akan menyelamatkan kami dari semua keadaan yang mendebarkan dan semua cobaan, yg dengan rahmat itu (juga) Engkau, ya Allah, akan mendatangkan semua hajat, yang dgn rahmat itu (juga) Engkau, ya, Allah, akan menyucikan kami dari semua kesalahan, yang dgn rahmat itu (juga) Engkau, ya, Allah, akan mengangkat derajat kami setinggi tingginya. Yang dengan rahmat itu (juga) Engkau, ya, Allah, akan menyampaikan kami kepada puncak segala maksud, dari semua kebaikan pada waktu hidup dan sesudah mati. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izinnya saya dapat memulakan blog ini. Sesungguhnya Allah telah mentakdirkan dan menguasai atas tiap-tiap sesuatu. Semoga blog ini akan menjadi salah satu sumbangan saya terhadap Islam, InsyaAllah.

Tema Blog ini ialah ” Sufi di Malam Hari, Jihad di Siang Hari”